Thursday, June 27, 2019

Q&A Bahagian B

0 Comments
EDUP2053
BAHAGIAN B
( 20 markah )

Video merupakan media pengajaran yang boleh memaparkan imej realistik dan
sangat berkesan dalam menyampaikan mesej. Penghasilan video yang berkualiti
seharusnya mengandungi tiga peringkat produksi: praproduksi, produksi dan
pascaproduksi.
Perincikan langkah-langkah pada setiap peringkat produksi untuk menghasilkan satu
klip video wawancara tokoh sejarah bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Contoh Hujah:

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan impak
yang lebih baik kerana dapat memudahkan pemahaman murid. Bagi memastikan
media yang digunakan sesuai dan berkesan, perancangan dan penghasilan yang
teliti perlu dijalankan.

Pada peringkat praproduksi, langkah pertama ialah saya akan menentukan matlamat
penghasilan klip video untuk wawancara tokoh sejarah. Saya juga akan menentukan
topik wawancara bagi penghasilan klip video tersebut. Membuat penyelidikan
tentang tokoh dan kandungan video yang akan dihasilkan. Saya akan membuat
kajian tentang kandungan topik wawancara dan mengenal pasti beberapa tokoh
yang sesuai. Bahan-bahan yang berkaitan jagakan dikumpulkan. Memilih tokoh
yang sesuai. Saya akan memilih tokoh yang sesuai bagi wawancara yang akan
dijalankan dan menghubungi tokoh berkenaan untuk mendapatkan persetujuan dan
membuat janji temu sesi penggambaran wawancara. Bahan-bahan lain yang
diperlukan dan releven akan dipilih juga. Menulis skrip penggambaran dan soalan
bagi sesi penggambaran wawancara. Soalan-soalan yang telah ditetapkan akan
dimaklumkan kepada tokoh yang bakal diundang. Bersedia membuat penggambaran
dengan menentukan susunan sesi penggambaran dan lokasi yang akan dijalankan.
Latihan wawancara juga akan dijalankan. Menyediakan backdrop, kerusi dan meja
untuk sesi wawancara tersebut. Menyediakan peralatan penggambaran seperti
kamera, tripod, mikrofon dan lampu. Saya akan memastikan semua peralatan ini
berfungsi dengan baik.

Di peringkat produksi saya akan menjalankan pengganbaran. Penggambaran
wawancara bersama tokoh akan dijalankan pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan. Di peringkat pascaproduksi, saya akan menyunting rakaman video
dengan menggunakan perisian yang sesuai. Seterusnya, proses render akan
dilakukan dalam format yang sesuai dengan perkakasan yang bakal digunakan. Klip
video yang telah disunting akan dipratonton untuk memperbaiki kesilapan sekiranya
ada. Menyimpan klip video berkenaan dalam format yang sesuai dan sedia untuk
digunakan dalam sesi pengajaran.
Semua langkah penghasilan video yang telah dirancang akan dijalankan dengan
baik bagi memastikan klip video yang dihasilkan bermutu dan berkesan untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hujah-hujah lain:Peringkat Praproduksi:

Menyediakan hiasan yang sesuai dengan tajuk wawancara.
Menyediakan pakaian untuk tokoh dan moderator
• Menyediakan dua atau tiga kamera untuk penggambaran supaya hasil klip lebih
baik.

Peringkat Produksi:
• Menggunakan khidmat dua atau tiga orang jurukamera.
Peringkat Pascaproduksi:
• Memasukkan kesan-kesan khas video dan audio yang relevan.

[20 markah]
.
Frog VLE (Virtual Learning Environment) merupakan satu contoh aplikasi
pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang sedang digunakan di
sekolah.
Pada pendapat anda, sejauh manakah aplikasi Frog VLE dapat membantu guru dan
murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Contoh Hujah:

Penggunaan aplikasi dalam talian, Frog VLE, untuk penyampaian bahan pengajaran
dan pembelajaran kini semakin ditekankan di sekolah.
Aplikasi ini membolehkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam
satu ruang pembelajaran yang dikenali sebagai site. Guru boleh menyediakan satu
site yang mengandungi beberapa tab menu yang diperlukan mengikut tajuk yang
akan disampaikan. Setiap tab menu boleh mengandungi submenu yang sesuai dan
guru hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan seperti video, powerpoint,
pemprosesan perkataan dan grafik atau imej. Ini secara tidak langsung
mengurangkan gangguan kepada tumpuan guru dan murid.
Namun, aplikasi dalam talian Frog VLE yang ditekankan penggunaannya di sekolah
untuk penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran mungkin membebankan
guru dan murid dari segi penyediaan dan juga capaian. Tema yang disediakan bagi
setiap site adalah tetap dan tidak boleh diubah atau diganti. Ketetapan ini
membuatkan guru terpaksa menggunakan tema yang mungkin tidak sesuai dan
mengganggu tumpuan murid. Di samping itu, bagi guru dan yang kurang mahir
dalam menggunakan aplikasi ini akan merasa terganggu dengan tab menu yang
mengelirukan.

Walau bagaimanapun, Frog VLE sememangnya merupakan satu platformpengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan kerana
kemampuannya menampung setiap aspek penyampaian dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Hujah-hujah lain:

(Membantu guru dan murid)
Aplikasi ini juga membolehkan guru menyediakan kuiz dan tugasan secara dalam
talian dan murid boleh mendapat maklum balas pencapaian kuiz mereka dengan
segura.
Aplikasi kuiz Frog play boleh membangkitkan keseronokan belajar. Murid juga
boleh memuat naik tugasan yang telah mereka selesaikan sama ada
menggunakan pemprosesan perkataan atau powerpoint menggunakan widget
fail uploader yang disediakan tanpa perlu membuka emel.
Penggunaan aplikasi ini juga membolehkan murid membuat ulang kaji secara
sendirian pada luar waktu pengajaran dan pembelajaran kerana site dalam
aplikasi Frog VLE bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantu mengajar kepada
guru tetapi juga boleh berfungsi sebagai bahan bantu belajar kepada murid pada
bila-bila masa mereka memerlukannya.
Aplikasi ini juga membolehkan guru untuk memantau penglibatan murid dalam
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran secara umum atau individu
kerana aplikasi ini membenarkan guru-guru untuk memberi tugasan secara
individu kepada murid yang mungkin memerlukan tugasan tambahan tanpa perlu
melibatkan murid yang lain.
Aplikasi ini juga menyediakan emelnya sendiri.
Platform pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel.
Aplikasi ini juga sangat mesra pengguna dan mudah untuk diguna atau diurus.
• Boleh diintegrasikan dengan aplikasi yang lain seperti permainan dan kuiz
luaran.
Mempunyai versi mudah alih, tugasan boleh dicapai menggunakan peranti
mudah alih (smartphone) dan gajet yang lain.
Antara muka yang statik dan perubahan paparan hanya berlaku apabila memilih
tab menu yang berbeza, kurang ganggu tumpuan.
Hujah-hujah lain: (Tidak Membantu guru dan murid)
Kemungkinan murid menghadapi masalah mencapai dan menyelesaikan kuiz
dan tugasan yang disediakan secara dalam tarian tanpa bantuan guru.
• Murid menghadapi masalah memuat naikkan tugasan yang telah selesai kerana
mereka tidak mahir dengan aplikasi tersebut.
• Guru pula kurang mahir dalam menggunakan widgets dan menyediakan site
secarasalah.
• Penggunaan aplikasi ini membebankan murid membuat ulang kaji secara
sendirianpada luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
• Guru yang kurang mahir tidak mampu dan mahir membuat pemantauan terhadap
penglibatan murid dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
secara umum atau individu.
• Antara muka yang statik, boleh menimbulkan kebosanan.

[20 markah]

EDUP3053
BAHAGIAN B
(20 markah )

Perisian aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik dan
persembahan elektronik boleh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia interaktif
untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kemukakan idea anda berkenaan penggunaan perisian aplikasi tersebut bagi
menghasilkan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran sesuatu
topik tertentu.

Contoh Hujah:

Multimedia interaktif merangkumi kombinasi dua atau lebih etemen: teks, grafik, imej
pegun, animasi, video, audio dan interaktiviti. aplikasi seperti pemproses
perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik walaupun dibangunkan
untuk tujuan yang berlainan boieh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia
interaktif untuk sesuatu topik pengajaran. Dengan sedikit kreativiti, guru dapat
menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut untuk mengatur, memanipulasi, mereka
bentuk, dan menghasilkan idea dengan cara yang kreatif dan interaktif.
Multimedia interaktif mempunyai kapasiti untuk menyampaikan sejumlah besar
maklumat atau bahan dalam pelbagai bentuk. Ini dilakukan dalam persekitaran yang
bersepadu, justeru membolehkan pengguna mengawal pengalaman membaca dan
menonton mereka. Sebagai contoh, pelajaran sejarah kebangkitan dan
kejatuhan Kesultanan Melaka boleh diajar melalui sebuah buku elektronik (e-book)
interaktif. MS Word atau PowerPoint boleh digunakan untuk pembentangan
maklumat melalui teks dan gambar. Ini pula dapat dihubungkan kepada laman web
yang relevan; dengan itu murid dapat menumpukan kepada satu idea yang lain
mengikut rentak dan minatnya.

Dengan menggunakan hamparan elektronik seperti MS Excel, guru dapat membina
carta dan garis masa (timeline) tentang peristiwa yang pada era berkenaan.
Selain itu, audio seperti ucapan terkenal, rekaman lagu rakyat serta klip filem boleh
disematkan ke dalam perisian persembahan dan dihubungkan kepada sumber-
sumber di Internet serta resos lain yang dibina dengan menggunakan perisian
seperti MS Word dan PowerPoint. Dengan itu, struktur e-book berkenaan tidak akan
terhad kepada satu jalan cerita linear tetapi menjadi satu rangkaian yang saling
berhubungkait, serta memberikan pembaca akses kepada arkib maklumat
multimedia yang menarik dan versatil.

Hujah-hujah lain:

MS Word untuk menghasilkan
- infografik
- cerita, puisi, artikel berita
- dokumen dan lembaran kerja yang menarik

• MS Excel untuk menghasikan
- poster sebagai alat bantu visual pengajaran
- kad imbasan untuk digunakan sebagai latih tubi
- aktiviti latih tubi ejaan
- grid untuk permainan word scramble
- carta dan jadual untuk organisasi, persembahan dan menyediakan ringkasan
data/fakta utama

• MS PowerPoint untuk menghasilkan
- outline bagi sesuatu proses. Contohnya kitaran hayat rama-rama, peringkat
pembuatan, atau kitaran air
- kandungan visual yang kaya dengan multimedia dan interaktif, kad imbasan
elektronik, bahan tutorial dan kuiz
- suatu peta lokasi yang interaktif dengan menghubungkan tempat berkenaan
kepada acara, isu atau penjelasan tentang kepentingan sesuatu kawasan

Jumlah = 20 markah

Pembelajaran abad ke-21 menghendaki guru untuk melahirkan murid yang
berproduksi tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras
tinggi serta mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) merupakan pemangkin kepada usaha tersebut ?

Contoh Hujah

Pembelajaran Abad Ke - 21 menghendaki guru untuk melahirkan murid yang
produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Saya amat setuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan
pemangkin kepada Pembelajaran Abad Ke - 21 kerana penggunaannya dapat
meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian pengajaran guru. Ini dapat
mewujudkan suasana pembembelajaran di dalam kelas yang sangat
menyeronokkan. Guru mendapati tajuk-tajuk sukar yang berbentuk konsep dan
proses mudah disampaikan kerana murid.

Hujah-huiah lain

Bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan
pemangkin Pembelajaran Abad Ke - 21
Meningkatkan kemahiran pengunaan komputer di kalangan guru dan murid
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam pengajaran dan
pengajaran guru
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan, proses pengajaran
dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru dengan murid, dan murid
dengan murid
Memudahkan pengumpulan maklumat yang sukar dengan mengakses
maklumat atau pembelajaran secara dalam talian
Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk pembelajaran
melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan.
Mewujudkan perhubungan jaringan komuniti profesional dalam kalangan guru
dan murid
Dapat bertukar-tukar idea sesama guru dari pelbagai tempat melalui e-mail,
net meeting chat room dan lain-lain

Tidak bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
merupakan pemangkin Pembelajaran Abad Ke - 21
Modul dan kandungan bahan yang ada kurang menarik, tidak informatif dan
statik kerana kurangnya pembangunan kurikulum
Isu logistik dan maklumat tidak terkini
Kos pembangunan perisian yang tinggi.
Tiada pangkalan data bersepadu bagi perkongsian maklumat
Kos yang terlibat dalam penyediaan prasarana SMK sangat tinggi
Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar
menjadikan sekolah luar bandar ketinggalan
Peralatan TMK yang mempunyai jangka hayat yang tidak panjang (EOL) dan
usang masih digunakan.
Guru tidsk kompetensi dalam pengurusan pengoperasian peralatan TMK di
sekolah.
Sistem rangkaian (LAN) dan jalur lebar tidak meluas di semua sekolah dan
tidak menepati piawaian, menyukarkan capaian kepada internet.
Terdapat pelbagai ancaman seperti serangan virus komputer dan serangan
siber.

Jumlah = 20 markah

Q & A Bahagian A Set 2

0 Comments
EDUP3053
BAHAGIAN A
( 30 markah )

Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan peranan rangka kerja TPACK
dalam memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru
agar dapat mengintegrasi teknologi secara berkesan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Contoh Hujah:

TPACK adalah singkatan yang terdiri daripada tiga domain pengetahuan profesional
yang berbeza yaitu T untuk Pengetahuan Teknologikal, P untuk Pengetahuan
Pedagogi, dan C untuk Pengetahuan Kandungan. Model ini terdiri daripada interaksi
ketiga-tiga domain pengetahuan/kemahiran yang diperlukan untuk mengintegrasi
teknologi secara berkesan ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen
dalam TPACK tersebut adalah PK-Pengetahuan Pedagogical (Pedagogical
Knowledge), CK-Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge), PCK-Pengetahuan
Kandungan Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge), TK-Pengetahuan
Teknologikal (Technological
Knowledge),

TCK-Pengetahuan Kandungan
Teknologikal (Technological Content Knowledge), TPK-Pengetahuan Teknologikal
Pedagogical (Pedagogical Technological Knowledge) dan TPCK-Pengetahuan
Kandungan Teknologikal dan Pedagogikal (Technological Pedagogical Content
Knowledge). TPACK berfungsi sebagai kerangka analisis bagi pengintegrasian
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui cara pembelajaran seperti
blended, flipped dan kolaboratif, dimana bilik darjah menjadi tempat pembelajaran
berpusatkan murid.

Sebagai contoh, PCK merujuk kepada pengetahuan khusus guru tentang organisasi
kandungan dalam sesuatu disiplin. Seorang guru sains mungkin menggunakan PCK
dalam mempertimbangkan cara terbaik untuk mengajar kaedah saintifik, sama ada
memilih pengalaman secara "hands-on' atau pembacaan dan penghafalan melalui
teks.

Hujah-hujah lain:

• (PK) melibatkan keseluruhan pemahaman guru yang membawa kepada
proses pengajaran yang berkesan, bermula daripada pemahaman tentang
proses perancangan pembelajaran sehinggalah pengetahuan tentang
pengurusan bilik darjah, penggunaan masa pengajaran, dan perkembangan
psikologi murid. Berdasarkan matlamat pengajaran dan kandungan yang
perlu diajar, seorang guru dapat membuat pertimbangan serta memilih
strategi pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan

(CK) merujuk kepada pengetahuan yang perlu ada pada guru untuk mengajar
bidang kandungan tertentu seperti sains, kajian sosial atau muzik
(TK) merujuk kepada pengetahuan guru tentang media pendidikan yang
menyokong pengajaran dan produktiviti kelas serta yang
diperlukan untuk membuat setup, mengendali dan menyelenaikan masalah
yang mungkin berlaku semasa penggunaan media tersebut

(TCK) merujuk kepada pemahaman guru tentang cara teknologi menyokong
mereka dalam memahami isi kandungan yang diajar. Sebagai contoh video
klip dapat dimuat turun daripada YouTube untuk digunakan sebagai set
induksi dan sebagai penghubung pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru yang akan diajar; misalnya apabila guru ingin
menerangkan sesuatu proses atau menunjukkan sesuati impak seperti
gempa bumi

(TPK) digunakan untuk membuat keputusan tentang bagaimana teknologi
dapat menyokong strategi, model, atau jenis aktiviti bagi sesuatu pelajaran
tertentu

(TPK) melibatkan pengetahuan tentang bila teknologi dapat/tidak dapat
digunakan untuk penyokong pengajaran dan pembelajaran serta cara
pelaksanaan yang paling berkesan

Jumlah = 10 markah

Cikgu Abu Kassim bercadang untuk membuat ilustrasi bagi mengajar tajuk "Haiwan
Peliharaan" dengan menggunakan perisian grafik. Beliau bercadang menerapkan
elemen grafik seperti garisan, ruang, warna, permukaan, rupa dan bentuk dalam
komposisi visual yang akan dihasilkan.
Terangkan prinsip-prinsip asas grafik yang perlu dipertimbangkan oleh Cikgu Abu
Kassim dalam melaksanakan cadangannya tersebut.

Contoh Hujah

Prinsip grafik merupakan kaidah atau cara menggunakan elemen-elemen
grafik supaya visual yang dihasilkan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun
pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam
menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip-prinsip grafik yang akan
dibincangkan ialah simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi, harmoni, kesatuan
dan kontra.

Simplisiti menghadkan idea pada sesuatu reka bentuk supaya dapat memberi
pemahaman idea yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan
mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu
visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan
perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang
hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

Hujah-hujah lain

Dominan
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan
visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agapat dilihat dan
dibaca maksudnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
a)
Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
b)
Warna dan bentuk yang kontras
c)
Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
f)
g)
Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair,
guli atau kipas
Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu
rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat
menarik penglihatan mata ke arah item yang utama, Dapat menggerakkan
penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. Dapat
mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran
persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

Seimbang
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan
sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya
beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini,
mata rasa selesa memandang.

Terdapat dua jenis seimbang
a)
Seimbang formal
Bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual sama
ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.
b)
Seimbang tidak formal
Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan
kanan atau atas dengan bawah.

Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya
menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.
Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia
dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi
pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

Harmoni
Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan
idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca
mengikut perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan
rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat
melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan,
perspektif dan kesatuan mesej.

Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram,
teratur dan selesa.

Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk perhatian,
memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra
dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang
berlainan.

Jumuah = 10 markah


Banyak bahan audio dan video dalam talian seperti YouTube menyediakan peluang
pembelajaran yang autentik untuk murid meningkatkan pengalaman pembelajaran
murid.

Jelaskan kesesuaian penggunaan video dalam talian sebagai resos sokongan untuk
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sekolah randah.
Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan.
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun
mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang dilampirkan.

Contoh Hujah:

Bahan audio dan video dalam talian kini mudah didapati dan dimuat turun daripada
Internet. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa audio dan video digital dapat
memberi inspirasi dan mendorong penglibatan murid apabili diintegrasikan dengan
aktiviti pembelajaran berpusatkan murid. Salah satu cara adalah dengan
menggunakan video yang menunjukkan senario kehidupan sebenar untuk tujuan
tertentu misalnya video yang menunjukkan kemusnahan yang diakibatkan oleh
gempa bumi dapat digunakan untuk mengasah kemahiran merid bertutur. Dalam hal
ini, kandungan video yang dipilih adalah penting kerana ia bertindak sebagai
pencetus untuk melibatkan murid dalam perbincangan, merangsang perasaan
mereka serta memotivasikan mereka untuk bercakap; justeru menjadikan pengajaran
lebih menyeronokkan, produktif dan menarik untuk kedua-dua murid dan guru.
Dalam kes-kes tertentu, video juga dapat menggantikan guru dalam menyampaikan
fakta atau menunjukkan prosedur misalnya dalam pembelajaran masteri di mana
seseorang murid mungkin perlu melihat mekanikal kompleks seberapa
banyak kali yang dikehendakinya.

Walau bagaimanapun, kejayaan integrasi video dalam talian di dalam bilik darjah
bergantung kepada akses yang ada, dan siapa yang menggunakannya. Sebagai
contoh, di dalam bilik darjah yang hanya terdapat satu komputer, pembelajaran akan
berpusatkan guru dan integrasi akan banyak bergantung kepada keperluan guru,
dan tidak semestinya keperluan murid. Kejayaan juga akan bergantung
kepada pengetahuan dan kemahiran guru untuk mencari video yang paling sesuai
dengan topik dan strategi pengajaran serta cara guru menggunakannya untuk
memotivasikan murid menonton serta memahami kandungan video tersebut.

Kebaikan

Ketersediaan video dalam talian akan mendorong guru supaya menggunakan
model bilik darjah "flipped classroom'
Video dalam talian dapat mempelbagaikan teknik pengajaran guru demi
mengelakkan kebosanan serta membolehkan murid belajar mengikut kadar
pembelajaran mereka
Pandangan pakar boleh dibawa masuk melalui video dalam talian untuk
memberi murid inspirasi dalam pembelajaran serta meningkatkan pengalaman
pembelajaran mereka dan melibatkan mereka dalam perbincangan

Kelemahan

Quality bahan audio dan video: bahasa, visual, kejelasan, kandungan
Gaya dan organisasi kandungan
Kreativiti guru
Studio,

Pengurusan masa

Jumlah = 10 markah

Tuesday, June 25, 2019

Contoh Rubrik Pemarkahan

0 Comments
Contoh Rubrik Pemarkahan

Gred/Deskriptor


A+
Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap soalan
Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan yang relevan
Menggunakan banyak hujah beserta contoh dan data untuk menyokong generalisasi
Menjawab dengan tepat dan mengkomunikasikan idea dengan cemerlang
Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea logikal dan koheren

A
Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik terhadap soalan
Pemahaman yang mendalam tentang kandungan yang relevan
Menggunakan beberapa hujah bersama contoh dan data untuk menyokong generalisasi
Menjawab dengan tepat dan mengkomunikasikan idea dengan berkesan
Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea yang jelas dan logikal

B
Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan
Pemahaman agak mendalam dan kandungan yang relevan
Menggunakan beberapa hujah bersama contoh dan data yang menyokong generalisasi
Menjawab dengan agak tepat dan berkomunikasikan idea dengan jelas
Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan idea agak jelas dan logikal

C
Mempamerkan pemahaman yang minima terhadap soalan
Pemahaman minima kandungan yang relevan
Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah bersama beberapa contoh dan data yang
menyokong generalisasi
Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan beberapa kekaburan dalam pengolahan idea
Interpretasi idea yang lemah

D
Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan
Tidak menjurus kepada isu dalam soalan
Pemahaman lemah tentang kandungan yang relevan
Hujah tidak disokong dengan contoh dan data
Banyak hujah yang tidak relevan, jawapan yang kabur dan pengolahan idea yang kabur
Interpretasi idea yang sangat lemah

Q&A Bahagian A SET 1

0 Comments
BAHAGIAN A

Model ADDIE ialah model reka bentuk sistem pengajaran yang generic. Model ini
boleh digunakan sebagai panduan untuk mereka bentuk pengajaran.
Jelaskan fasa-fasa dalam Model ADDIE.

Contoh Jawaban

Contoh Hujah:
Model ADDIE mengandungi lima fasa: Analisis, Reka bentuk, Pembangunan,
Pelaksanaan dan Penilaian. Reka bentuk sistem pengajaran adalah satu tata cara
yang teratur untuk menganalisis, mereka bentuk, membangun, pelaksana dan
menilai pengajaran.
• Fasa Analisis (Analysis phase)
Masalah pembelajaran dikenal pasti secarakeseluruhannya melalui pelbagai
kaedah atau teknik, seperti temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal selidik dan
sebagainya. Selepas masalah dapat dikenal pasti, perlu mencari apakah punca
atau faktor yang menimbulkan masalah itu untuk mematikan reka bentuk atau
bahan pembelajaran yang akan dihasilkan kelak memenuhi keperluan pengguna
yang sebenarnya. Analisis terhadap pelbagai aspek juga dilakukan, antaranya
analisis keperluan, pengguna, tugasan, kandungan,persekitaran pembelajaran
dan sebagainya.
• Fasa Reka Bentuk (Design phase)
Fasa reka bentuk dilaksanakan sesudah proses analisis keperluan selesai. la
menjelaskan pandangan keseluruhan reka bentuk, struktur, pendekatan
pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang terlibat.
• Fasa Pembangunan (Development phase)
Reka bentuk pengajaran diba gunkan berdasarkan eleven-elemen yang
ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Pembangunan adalah proses membangun
atau pembinaan rekabentuk pengajaran berdasarkan objektif, kaedah, bahan dan
pentaksiran yang telah dikenal pasti dalam fasa rekabentuk.
• Fasa Pelaksanaan (Implementation phase)
Rekabentuk pengajaran yang telah siap perlu dilaksanakan dalam bilik darjah
baginenguji keberkesanannya serta melihat masalah-masalah yang timbul
secara tidak disedari sewaktu fasa reka bentuk dan pembangunan.



  • Fasa Penilaian (Evaluation phase)

Fasa ini melibatkan penilaian pengajaran untuk menentukan sama ada objektif
tercapai atau tidak. Antaranya proses mendapatkan maklum balas daripada
pelajar berkaitan isi kandungan, strategi, penggunaaan bahan pengajaran dan
sebagainya melalui pemerhatian guru dan pencapaian hasil pembelajaran pelajar
dan sebagainya bagi memastikan kesesuaiannya.
Hujah-hujah lain:
Tiada
[10 markah]


Anda sebagai seorang guru bercadang menggunakan satu bahan audio untuk
merangsang pembelajaran murid bagi satu topik dalam mata pelajaran pilihan anda.
Tentukan bagaimana anda merancang penyediaan bahan audio tersebut.

Contoh Hujah:
Audio merupakan antara media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penghasilan bahan audio perlu dirancang dengan teliti. Saya akan
menentukan matlamat atau tujuan penerbitan bahan audio terlebih dahulu. Ini
termasuklah kumpulan sasaran yang akan menggunakan bahan audio dan
kebolehan berbahasa kumpulan sasaran berkenaan. Seterusnya, kumpulkan bahan
dan sumber yang diperlukan. Buat sedikit penyelidikan dan rujukan yang diperlukan.
Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya dengan
maklumat yang diperlukan. Selain itu, perlu juga dikumpulkan kesan bunyi, muzik
serta lagu tertentu yang mungkin diperlukan. Bahan yang telah dikumpulkan mungkin
terlalu banyak dan perlu mengalami proses analisis dan penapisan supaya hanya
bahan-bahan yang bersesuaian sahaja digunakan.
Hujah-hujah lain:
Pemilihan format audio yang dihasilkan perlulah sesuai dengan perisian dan
perkakasan yang akan dimainkan dan boleh disimpan dalam bentuk kaset,
cakera padat dan lain-lain.
Menulis skrip atau mengarang kandungan bahan audio.
• Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti mikrofon dan fon kepala
(headphone).
Membuat latihan sebelum rakaman.
[10 markah]

Anda ingin menyediakan satu persembahan elektronik yang berkualiti bagi satu sesi
pengajaran.
Tunjukkan dengan contoh yang sesuai bagaimanakah anda dapat menggunakan
fitur-fitur (features) dalam perisian persembahan elektronik untuk membantu
meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Contoh Hujah:Perisian persembahan elektronik sering digunakan untuk menunjukkan maklumat
dalam bentuk persembahan slaid (slide show). Terdapat beberapa perisian
persembahan elektronik yang terkenal seperti Microsoft Powerpoint, Google Slides
dan Impress (dalam OpenOffice). Guru dapat menyelitkan (Insert) pelbagai media
yang sesuai dalam persembahan untuk menarik minat dan merangsang motivasi
murid yang terdiri daripada pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza seperti audio
visual dan kinestetik. Murid dapat memperoleh maklumat melalui kombinasi teks,
imej, audio, video dan animasi. Hasilnya ialah pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan.

Hujah-hujah lain:
Guru dapat menstruktur suatu persembahan yang berkualiti menggunakan
templat (templates) tersedia yang telah direka khas untuk memenuhi kriteria
persembahan yang baik seperti bilangan baris maklumat setiap slaid, saiz dan
jenis font yang sesuai, warna tema dan sebagainya bagi mengorganisasikan
kandungan.
• Guru juga dapat mencetak nota edaran (handouts) dalam pelbagai pilihan format
yang setia ada dalam perisian persembahan elektronik. Misalnya dalam
Powerpoint, slaid yang mengandungi grafik sesuai dicetak dengan pilihan
slaidsahaja, manakala bagi slaid yang banyak mengandungi teks sesuai
dicetakdengan pilihan garis kasar (outlines).
Nota Garis kasar (outlines) dapat disimpan sebagai format '.rtf dan dibuka
dengan pemprosesan perkataan yang sesuai untuk dibuat modifikasi lanjutan
oleh murid. Ini dapat memantapkan pembinaan n
Guru dapat menyimpan (save as) fail digital persembahan elektronik dalam
pelbagai jenis supaya dapat disebarkan atau dibuat modifikasi kepada atau
daripada murid untuk mēmaksimumkan pengalaman pembelajaran mereka.
Guru dapat menggunakan animasi gerakan (motion animations) untuk membuat
demonstrasi satu proses atau penyelesaian masalah langkah demi langkah.
Memasukkan Hyperteks (Hypertext) untuk mengakses slaid dan dokumen
tempatan serta Laman Web supaya persembahan berbentuk tidak linear (non-
linear) - persembahan interaktif bergantung kepada apakah maklumat yang
paling relevan pada situasi tertentu.
Penggunaan fitur-fitur lain seperti (Smart Art, Shapes, Image, Transition, Built-in
Layout, Slide Master View, Theme Variant dil) dengan contoh yang relevan.
[10 markah]

Soalan BAHAGIAN B ( 20 markah )

0 Comments
Mod Mobile

EDUP3053

BAHAGIAN B ( 20 markah )
Jawab satu soalan.


Multimedia interaktif dapat memudah dan memberikan pembelajaran yang lebih bermakna. Sebagai seorang guru, cadangkan satu pakej multimedia interaktif yang berkualiti.
[20 markah]

Revolusi industn 4.0 telah memberi pelbagai kesan dalam sistem pendidikan bagi mengubah corak pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran tradisi kepada corak yang lebih efektif, fleksibel dan menarik. Buktikan bagaimana aplikasi Internet berjaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
[20 markah]

Pembelajaran abad ke-21 menghendaki guru untuk melahirkan murid yang berproduksi tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pemangkin kepada usaha tersebut.
[20 markah]

BAHAGIAN B ( 20 markah )
Jawab satu soalan.

Perisian aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik boleh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kemukakan idea anda berkenaan penggunaan perisian aplikasi tersebut bagi menghasilkan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik tertentu.
[20 markah]

Wednesday, June 19, 2019

Soalan Perbincangan

1 Comment

BAHAGIAN A
( 30 markah)

Jawab semua soalan

1.ReKa bentuk pengajaran membantu guru mencipta spasifikasi pengajaran yang
terperinci dan sistematik bagi memudahkan proses pembelajaran.

Berpandukan model bentuk pengajaran ASSURE, kemukakan langkah-langkah
dalam menghasilkan persediaan merigajar yang berkesan.
[10 markah]

2.Seorang guru yang ingin melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan, memerlukan media pengajaran yang sewajarnya.

Jelaskan yang harus dipertimbangkan dalam memilih media pengajaran wang
sewajarnya sesuai dengan mata pelajaran penakhususan anda.
[10 markah]

3.Aplikasi perisian persembahan elektronik (Microsoft Powerpoint) dan hamparan
elektronik (Microsoft Excel) banyak membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Terangkan bagaimana setiap perisian tersebut dapat diaplikasikan
pengajaran dan pembelajaran
ran yang berkesan.
[10 markah]


Tuesday, June 18, 2019

Bagaimana Membuat Keputusan

0 Comments
Ini Contoh Web Multimedia.
Bagaimana Membuat Keputusan
Cari Elemen Multimedia Tersebut.


Image result for decision making

68 AL QALAM
*68) Al-Qalam (2)52

Surah 68 Al-Qalam - سورة القلم


68:36
Mengapa kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?   kamu mengambil keputusanbagaimanakamumengapa


68_36Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
(Al-Qalam 68:36) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥


Ada apa dengan kalian! Bagaimana kalian melakukan penilaian? [36]
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
mā lakum, kaifa taḥkumụn
 36.  Atau adakah kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?
35-36. Apakah patut Kami menjadikan orang-orang yang tunduk dengan ketaatan kepada Allah itu sama dengan orang-orang kafir? Ada apa dengan kalian? Mengapa kalian menetapkan hukum yang zhalim ini dengan menyamakan keduanya dalam pahala?

68:37

Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan Allah) yang kamu membacanya?,  kamu mempelajaridi dalamnyakitabbagimuatau


68_37Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
(Al-Qalam 68:37) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥


Ataukah kalian mempunyai kitab yang darinya kalian belajar? [37]
أَمْ لَكُمْ كِتَابٌ فِيهِ تَدْرُسُونَ
am lakum kitābun fīhi tadrusụn
 37.  Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan Allah) yang kamu membacanya?,
37-38. Atau apakah kalian memiliki kitab yang turun dari langit di mana di sana kalian membaca bahwa orang yang taat sama dengan orang yang durhaka, lalu kalian mempelajari apa yang kalian katakan itu? Kalau begitu, kalian mendapati apa yang kalian inginkan di dalam kitab tersebut. Sama sekali tidak demikian.

68:38
sesungguhnya
bahwa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu.   kamu memilihuntuk apa-apadi dalamnyabagimu

68_38Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
(Al-Qalam 68:38) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥

Yang dengannya kalian diperintahkan dengan apa yang kalian sukai (dan beranggapan bahwa kalian tidak sejalan dengan sunnatullah)! [38]
إِنَّ لَكُمْ فِيهِ لَمَا تَخَيَّرُونَ
inna lakum fīhi lamā takhayyarụn
 38.  bahwa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu.
37-38. Atau apakah kalian memiliki kitab yang turun dari langit di mana di sana kalian membaca bahwa orang yang taat sama dengan orang yang durhaka, lalu kalian mempelajari apa yang kalian katakan itu? Kalau begitu, kalian mendapati apa yang kalian inginkan di dalam kitab tersebut. Sama sekali tidak demikian.

68:39

harisampaiteguhatas Kamisumpah/perjanjianbagimuatau
Atau apakah kamu memperoleh janji-janji yang diperkuat dengan sumpah dari Kami, yang tetap berlaku sampai hari kiamat; sesungguhnya kamu  benar-benar dapat mengambil keputusan (sekehendakmu)?   kamu putuskanterhadap apabagimusesungguhnyakiamat

68_39Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
(Al-Qalam 68:39) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥


Ataukah kalian telah menerima perkataan dari Kami, yang berlaku hingga Hari Kiamat, bahwa kalian bebas melakukan apa yang kalian suka? [39]
أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ عَلَيْنَا بَالِغَةٌ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۙ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ
am lakum aimānun ‘alainā bāligatun ilā yaumil-qiyāmati inna lakum lamā taḥkumụn
 39.  Atau apakah kamu memperoleh janji yang diperkuat dengan sumpah dari Kami, yang tetap berlaku sampai hari kiamat; sesungguhnya kamu benar-benar dapat mengambil keputusan (sekehendakmu)?
39. Atau apakah kalian memiliki perjanjian atas Kami bahwa kalian akan mendapatkan apa yang kalian inginkan dan harapkan?

 
back to top